Tuesday 15 March 2011

Rumusan

8.0 Rumusan
Sebagai rumusan, saya dapati pencemaran alam sekitar terbahagi kepada 5 iaitu pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran tanah, pencemaran bunyi dan pencemaran bau. Antara puncanya ialah perkilangan, pembakaran terbuka, pengunaan racun serangga yang terlalu kerap dan baja kimi.
                        Selain itu, kesan pencemaran yang berlaku di Kampung Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka ialah hujan asid berlaku, penduduk menghidapi penyakit serius, air tercemar, kesuburan tanah terjejas serta berasid dan udara tercemar. Kesan-kesan ini perlu dibasmi sebelum perkara lebih serius terjadi.
                        Sebagai langkah pencegahan, cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar ialah membuat kempen kitar semula, mengadakan pameran pencemaran alam sekitar, kerajaan perlu menguatkuasa undang-undang dan pengunaan ‘catalytic converter’ di kenderaan-kenderaan.
                        Apabila pencemaran yang berlaku dapat dikurangkan atau dibasmi, insyallah Malaysia akan mencapai Wawasan 2020 kelak.



Saya berasa bangga kerana dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

15 comments: