Thursday 17 March 2011

Divider-Divider

 1. Pencemaran Alam Sekitar Di Kampung Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka.
2. Senarai Kandungan
3. Penghargaan
4. Pendahuluan
5. Objektif Kajian
6. Kawasan Kajian
7. Kaedah Kajian
8. Dapatan Kajian
9. Jenis Pencemaran Alam Sekitar Di Kampung Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka
10. Punca Pencemaran Alam Sekitar
11. Kesan Pencemaran Alam Sekitar
12. Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar Di Kampung Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka
13. Rumusan
14. Lampiran
15. Rujukan

Habis! :)

Rujukan!

10.0 Rujukan
·        http://www.scribd.com/doc/28299528/Kerja-Kursus-Geografi-2010
·         
·        http://i242.photobucket.com/albums/ff138/zzarizi/melaka_map01.jpg
·         
·        http://www.doe.gov.my/old/?q=en/content/profil-jas-melaka-doe-melaka-profile
·         
·        http://id.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_tanah
·         
·        http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_air
·         
·        http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/as_pencemaran_udara.asp
·         
·        http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_bunyi
·         
·        http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara
·         
·        http://www.scribd.com/doc/6064805/Kesan-Pencemaran-Alam-Sekitar-Terhadap-Dunia-Hari-Ini
·         
·        http://my.opera.com/karanganbm/blog/masalah-pencemaran-faktor-faktor-penyebab-dan-langkah-langkah-untuk-mengatasin

Tuesday 15 March 2011

Contoh Bhn Grafik.

Jadual 1: Status Kualiti Air Sungai Berdasarkan indeks kualiti air (IKA)


Tahun
Status
Sungai
Batu
Berendam
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
2001
2002
2003
2004
24
36
30
28
42
39
41
41
46
37
52
45
Tercemar
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran, 2005

Font

Wajib Times New Roman (yg divider tu aku x tahu). Font 12 kecuali divider (guna saiz apa2 asalkan 1 page). Langkau 2.

Siap!

Ok. Jngan tnya aku lgi. :)

Rumusan

8.0 Rumusan
Sebagai rumusan, saya dapati pencemaran alam sekitar terbahagi kepada 5 iaitu pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran tanah, pencemaran bunyi dan pencemaran bau. Antara puncanya ialah perkilangan, pembakaran terbuka, pengunaan racun serangga yang terlalu kerap dan baja kimi.
                        Selain itu, kesan pencemaran yang berlaku di Kampung Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka ialah hujan asid berlaku, penduduk menghidapi penyakit serius, air tercemar, kesuburan tanah terjejas serta berasid dan udara tercemar. Kesan-kesan ini perlu dibasmi sebelum perkara lebih serius terjadi.
                        Sebagai langkah pencegahan, cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar ialah membuat kempen kitar semula, mengadakan pameran pencemaran alam sekitar, kerajaan perlu menguatkuasa undang-undang dan pengunaan ‘catalytic converter’ di kenderaan-kenderaan.
                        Apabila pencemaran yang berlaku dapat dikurangkan atau dibasmi, insyallah Malaysia akan mencapai Wawasan 2020 kelak.



Saya berasa bangga kerana dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Cadangan utk mengurangkan pencemaran

7.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Kampung Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka.

Beberapa cadangan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar di Taman Bandar Benawang, iaitu:
a)      Kempen Kitar Semula
Kempen kesedaran mengenai program kitaran semula perlu diperluas kepada semua penduduk kampung. Tempat-tempat khas harus disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol, plastik, bekas minuman aluminium, bateri terpakai, tayar buruk, kertas atau surat khabar lama dan besi. Walaupun ini melibatkan kos yang tinggi, dalam jangka panjang kaedah ini dipercayai dapat membantu pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya menjimatkan sumber alam.

b)      Pameran Pencemaran Alam
Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam yang berdekatan kampung. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, poster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

c)      Kuat Kuasa Undang-Undang
Kerajaan perlu menguatkuasa undang-undang seperti memberi denda kepada sesiapa yang membuang sampah merata-rata. Kerajaan juga perlu memantau keadaan kampung dari masa ke masa.

d)      Catalytic Converter
‘Catalytic Converter’ adalah adalah sebuah peranti yang digunakan untuk mengurangkan pembebasan array dari sebuah enjin pembakaran dalaman. Dalam kereta, ini biasanya hasil penukaran 90% daripada karbon monoksida,hidrokarbon, dan oksida nitrogen menjadi gas kurang bahaya. Ini Dapat membantu mengurangkan pencemaran udara.

Saya berasa gembira kerana telah mengetahui beberapa cara untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar di kawasan tempat tinggal saya.