Tuesday 15 March 2011

Kesan pencemaran

7.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Di Kampung Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka

Terdapat beberapa kesan pencemaran alam sekitar, seperti:

a)      Air Tercemar
Apabila pembuangan sampah ke dalam sungai kerap berlaku, air akan mula tercemar dan keadaan ini membahayakan kehidupan akuatik di dalam sungai dan kepada manusia sendiri.

b)      Kesuburan tanih terjejas/berasid
Penggunaan baja kimia dan racun serangga yang selalu digunakan oleh peladang dan pekebun, menyebabkan mutu tanah akan terjejas. Tanah akan lebih berasid dan ia menyebabkan kebantutan tumbuh-tumbuhan yang ditanam.

c)      Udara Tercemar
Pencemaran udara berlaku disebabkan oleh pembakaran terbuka. Udara yang tercemar sangat membahaykan manusia.

d)      Penyakit
Pencemaran udara boleh menyebabkan manusia susah bernafas. Udara dan bahan yang terperangkap didalamnya aku termasuk di dalam paru-paru. Selain itu, manusia boleh mendapat penyakit yang serius jika terminum air yang tercemar.

e)      Hujan Asid
Hujan asid berlaku akibat dari pencemaran udara. Udara yang telah disejat akan menjadi awan dalam bantuk wap air. Ini menyebabkan air hujan berasid. Hujan asid sangat membahayakan manusia.


Saya berasa bersyukur kerana saya dapat menganalisis kesan pencemaran sebelum kesan-kesan ini menjadi lebih memudaratkan lagi.

1 comment: