Tuesday 15 March 2011

Dapatan Kajian

7.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar.
Pencemaran alam sekitar dapat didefinisikan seperti berikut:
Pencemaran boleh ditakrif sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia kea lam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandiriann kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kima, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organism-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Sebagai contoh, penggunaan baja kimia dan racun serangga dapat menambah keasidan tanah sekaligus ia menyebabkan pencemaran tanah (www.scribd.com/doc/4927232/Artikel-Pencemaran-Alam-Sekitar)

No comments:

Post a Comment