Tuesday 15 March 2011

Jenis Pencemaran

7.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Kampung Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka
Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Kampung Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka ialah:
·        Pencemaran Udara
Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai   terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain.Udara di Kampung Batu Berendam, Batu Berendam, Melaka telah dicemarkan oleh kilang berdekatan iaitu Kilang MVM (Kilang Mee Hun).

·        Pencemaran Air
Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Pencemaran Air di Kampung Batu Berendam, Batu Berendam, Melaka telah berlaku di sungai yang terletak di hadapan rumah saya. Hal ini berlaku sedemikian kerana pembuangan sampah oleh penduduk kampung.

·        Pencemaran Tanah
Pencemaran tanah adalah keadaan dimana bahan kimia buatan manusia masuk dan mengubah lingkungan tanah alami. Pencemaran tanah di Kampung Batu Berendam, Batu Berendam, Melaka  terjadi kerana penggunaan racun seranngga dan baja kimia semasa bercucuk tanam atau berkebun.

·        Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan. Jalan raya yang berhampiran dengan Kampung Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka telah mengakibatkan pencemaran bunyi berlaku.

·        Pencemaran Bau
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera. Pembuangan sampah yang terkumpul dan tidak dibuang mengakibatkan pencemaran bau. Lori sampah juga tidak masuk ke kampung untuk mengutip sampah yang terkumpul.

No comments:

Post a Comment