Tuesday 15 March 2011

Cadangan utk mengurangkan pencemaran

7.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Kampung Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka.

Beberapa cadangan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar di Taman Bandar Benawang, iaitu:
a)      Kempen Kitar Semula
Kempen kesedaran mengenai program kitaran semula perlu diperluas kepada semua penduduk kampung. Tempat-tempat khas harus disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol, plastik, bekas minuman aluminium, bateri terpakai, tayar buruk, kertas atau surat khabar lama dan besi. Walaupun ini melibatkan kos yang tinggi, dalam jangka panjang kaedah ini dipercayai dapat membantu pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya menjimatkan sumber alam.

b)      Pameran Pencemaran Alam
Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam yang berdekatan kampung. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, poster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

c)      Kuat Kuasa Undang-Undang
Kerajaan perlu menguatkuasa undang-undang seperti memberi denda kepada sesiapa yang membuang sampah merata-rata. Kerajaan juga perlu memantau keadaan kampung dari masa ke masa.

d)      Catalytic Converter
‘Catalytic Converter’ adalah adalah sebuah peranti yang digunakan untuk mengurangkan pembebasan array dari sebuah enjin pembakaran dalaman. Dalam kereta, ini biasanya hasil penukaran 90% daripada karbon monoksida,hidrokarbon, dan oksida nitrogen menjadi gas kurang bahaya. Ini Dapat membantu mengurangkan pencemaran udara.

Saya berasa gembira kerana telah mengetahui beberapa cara untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar di kawasan tempat tinggal saya.

3 comments: