Tuesday, 15 March 2011

Jenis Pencemaran

7.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Kampung Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka
Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Kampung Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka ialah:
·        Pencemaran Udara
Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai   terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain.Udara di Kampung Batu Berendam, Batu Berendam, Melaka telah dicemarkan oleh kilang berdekatan iaitu Kilang MVM (Kilang Mee Hun).

·        Pencemaran Air
Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Pencemaran Air di Kampung Batu Berendam, Batu Berendam, Melaka telah berlaku di sungai yang terletak di hadapan rumah saya. Hal ini berlaku sedemikian kerana pembuangan sampah oleh penduduk kampung.

·        Pencemaran Tanah
Pencemaran tanah adalah keadaan dimana bahan kimia buatan manusia masuk dan mengubah lingkungan tanah alami. Pencemaran tanah di Kampung Batu Berendam, Batu Berendam, Melaka  terjadi kerana penggunaan racun seranngga dan baja kimia semasa bercucuk tanam atau berkebun.

·        Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan. Jalan raya yang berhampiran dengan Kampung Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka telah mengakibatkan pencemaran bunyi berlaku.

·        Pencemaran Bau
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera. Pembuangan sampah yang terkumpul dan tidak dibuang mengakibatkan pencemaran bau. Lori sampah juga tidak masuk ke kampung untuk mengutip sampah yang terkumpul.

Dapatan Kajian

7.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar.
Pencemaran alam sekitar dapat didefinisikan seperti berikut:
Pencemaran boleh ditakrif sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia kea lam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandiriann kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kima, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organism-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Sebagai contoh, penggunaan baja kimia dan racun serangga dapat menambah keasidan tanah sekaligus ia menyebabkan pencemaran tanah (www.scribd.com/doc/4927232/Artikel-Pencemaran-Alam-Sekitar)

Kaedah Kajian

6.0 Kaedah Kajian

        I.            Pemerhatian
Saya Menjalankan pemerhatian tentang pencemaran alam sekitar di Kampung Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka.

     II.            Rujukan
Saya telah menggunakan sumber rujukan seperti:
·        Buku Teks Geografi Tingkatan 3
·        Temu Bual
a)     petak bin kotak
b)     syabil bin kasyaf

Kawasan kajian

5.0 Kawasan Kajian

        I.            Kawasan Kajian
Kawasan Kajian saya adalah di Kampung Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka.

     II.            Lokasi Kawasan Kajian
Kg. Batu Berendam terletak di selatan Bandar Melaka.

   III.            Jarak Dari Bandar terdekat
Kg. Batu Berendam terletak kira-kira 6.4 km dari Bandar Melaka.

Objektif

4.0 Objektif Kajian
Objektif Kajian adalah seperti berikut:
1.      Menyatakan konsep pencemaran alam sekitar
2.      Mengenal pasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Kampung Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka.
3.      Menjelaskan punca pencemaran alam sekitar di Kampung Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka.
4.      Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di Kampung Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka.
5.      Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.
6.      Saya berasa bersyukur kerana penduduk di tempat tinggal saya mengamalkan kitar semula.

Pendahuluan

3.0 Pendahuluan

        I.            Tajuk  kajian saya ialah:

Pencemaran Alam Sekitar Di Kampung Batu Berendam, Melaka Tengah, Melaka

     II.            Sebab Pemilihan Kawasan

Saya memilih kawasan ini kerana ia terletak di kawasan tempat tinggal saya. Ini memudahkan saya mengumpulkan data dan membuat kajian.

   III.            Tempoh Masa Kajian
11 Mac 2011 hingga 20 Mei 2011.

Penghargaan

2.0 Penghargaan
Saya Mengucapkan Terima Kasih kepada pihak- pihak yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kejayaan ini selepas waktu persekolahan. Terutamanya kepada:
        I.            Tuan Pengetua Cemerlang Sekolah Dato’ Abdul Razak
Tn. Hj. Zakaria B. Md Zin
     II.            Guru Mata Pelajaran Geografi saya
En. Azimi B. Md Zin
   III.            Ibu Bapa Saya

·        Mohamad Akbal B. Mat Tridi
·        Mariah Bt. Lambak

  IV.            Rakan-rakan Saya
Semua Ahli Batch Meranti 9’13